Sunday 27 December 2009

Sejarah keluarga

Hj Mohd Kamil merupakan anak sulung kepada pasangan Hj Osman dan Hajah Rodziah bt Hj Yahya.Dilahirkan selepas sepuluh tahun pasangan ini berumah tangga iaitu pada tahun 1924.Beliau pernah melanjutkan pelajaran di Madrasah Idrisiah tetapi pengajian tertangguh akibat peperangan .Pada tahun 1941,beliau mendirikan rumah tangga dengan Puteri Rogayah bt Megat Abd Majid yang berasal dari Kampung Ulu Kenas.Pasangan ini menetap di Kampung Lubok Merbau Tua.Hj Mohd Kamil telah dilantik menjadi Naib Kadi Bagi Mukim Lubok Merbau pada usia yang masih muda.

Pasangan ini telah dikurniakan 11 orang cahaya mata iaitu 3 lelaki dan 8 perempuan.Kesemua anak pasangan ini telah berkahwin.Anak pertama ,Hawa mempunyai 10 orang anak,anak kedua,Alauyah mempunyai 8 orang anak ,anak ketiga,Zanirah mempunyai 7 orang anak,keempat Mohd Wildan mempunyai 7 orang anak,kelima,Jamaliah mempunyai 5 orang,keenam,Fadzilah ,5 orang anak,ketujuh,Mohd Khairi 5 orang anak,kelapan,Swaibatulaslamiah mempunyai 4 orang anak,kesembilan Wahidah dan pasangannya Abd Halim dikurniakan 4 anak,kesepuluh,Mohd Hafiz,5 orang anak dan yang bongsu Norbaisah dan pasangannya Hashimi dikurniakan 4 orang anak.Jumlah keseluruhan cucu Hj Mohd Kamil adalah seramai 64 orang.

Hj Mohd Kamil telah kembali ke rahmatullah pada 22 Oktober 1994 ketika usianya 64 tahun.



Sehingga tarikh blog ini ditulis jumlah cicit pasangan ini seramai 71 orang dan dijangka bertambah lagi pada masa akan datang.InsyaAllah.